Kuantan Wedding Photographer | Kuantan Pahang Photographer
Kuantan Wedding Photographer, Kuantan Photographer, Wedding Kuantan, Jurufoto Kuantan
By: S h a s m a N i z a m thephotographer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Sunday, 19-Oct-2008 07:12 Email | Share | | Bookmark
::grouphoto bersama boss besar pahang::

kepada customer2 kami yang gambar2 wedding yang belum kami upload, harap bersabar sedikit aje lagi... kerana masa kami amatlah sedikit aje yang tinggal.. itupun digunakan utk mandi, tidur kat studio dan balas email..masa yang lain amatlah pack.. tapi takpe, satu jadual waktu telah disiapkan untuk melaksanakan kerja2 meng-upload gambar2 wedding mengikut peringkat. di kala siap nanti, saya akan roger kamu dan bolehla kamu semua roger kawan2 untuk melihat gambar kahwin kamu yang hebat2 utk dilihat oleh sanak saudara dan kawan2 kamu yang berhampiran atau yang jauh... sabar k.. sayang kamu kamu semua... muah2.


*gambar kenangan paling manis bersama Dato' Sri Haji Adnan Bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang, di majlis perkahwinan anak lelaki sulung beliau, Awang Osman & isteri, Jamaliah Lee pada 16-19 oct 2008 di Dewan Jubli Perak.

enjoy ur life..
Shasma Nizam


Sunday, 12-Oct-2008 17:51 Email | Share | | Bookmark
:: are u ready ::


sudahkah anda bersedia untuk memilih photographer utk bigday anda..?
sudahkah anda bersedia untuk melihat gambar2 wedding seterusnya..?
sudahkah anda bersedia untuk berhibur dengan geng2 the photographer..?
pastikan anda bersedia..kerana kami semua sedang bersiap sedia untuk anda...!!


Shasma Nizam.


Friday, 3-Oct-2008 16:40 Email | Share | | Bookmark
::salam aidilfitri dari kami yang beberapa kerat::


sempena hari raya yang indah ni...


kami mengucapkan salam Aidilfitri dan..


maaf zahir dan batin.. ikhlas dari team thephotographer, geng2 thephotographer dan keluarga aku juga...

khas untuk anda semua dari insan yang bekerja di Aidilfitri..
Shasma Nizam


Thursday, 25-Sep-2008 20:08 Email | Share | | Bookmark
:: jom beriadah bersama thephotographer ::



Quote:
hye semua...
kami warga thephotographer akan mengadakan outing street photography
di sepanjang jalan mahkota dan terus menuju ke pasar ramadhan berhampiran masjid besar kuantan..
lepas tu kami akan berbuka puasa di tengah2 padang tersebut..
juadah berbuka beli sendiri kat pasar ramadhan tersebut atau bawak dari rumah..

hari berkumpul :
ahad ni.. (28 sept 08)

tempat berkumpul :
depan bus stop kompleks teruntum / atau terus berjumpa atas padang.

waktu berkumpul :
5 petang depan bus stop tu / 6.45 petang atas padang.

tq. - berminat & pertanyaan lanjut, sila hubungi saya.


datang jangan tak datang..datang jangan tak datang..datang jangan tak datang...ewahh..!

tq
Shasma Nizam
Principal Photographer / CEO
The Photographer (CA0128707-H)
019-9191 169
shasmanizam@gmail.com
Kuala Lumpur - Pahang - Terengganu - Kelantan - Seluruh Malaysia.


Tuesday, 23-Sep-2008 22:18 Email | Share | | Bookmark
::kini kami mula terbang::

selit sedikit kerja2 selain wedding.. jgn marah yek customer2 tersayang..gambar nkorg nanti saya upload serentak... kepada yang dah dapat album tu, harap berpuas hati..sbb kami puas hati membuatnya.. hehehe
ok..cerita kali ni adalah... mcmana nak terbang tinggi...hehehehehe


mesti dah jemu jika selalu amik gambar "site" project angle mcm ni kan....


apakata anda cadangkan pada client anda utk gambar mcm ni plak...


bukan ape, sbb kalau sudut pandangan mcm ni, kita boleh nampak keadaan sekitar tapak projek tu dgn lebih jelas....betul tak..? .. tapi, bagaimana nak melaksanakannya..??


senang aje.. anda perlukan seorang manager yang berpakaian smart, dan sebuah kren yang boleh naik paling tinggi yang boleh disewa di bandar yang berhampiran...


test run dulu kren tu utk mengelak sebarang masalah... kasik dia test maksimum.. dan anda tidak boleh start buat muka gayat... tgk muka saya tu.. tak nampak muka gayat pun kan...?


ok, kren berfungsi dgn baik..dan anda dah boleh naik.. dan, satu nasihat saya, bila anda dah sampai kat atas tu, perkara pertama anda kena buat, self portraiture dulu untuk gembirakan hati yang tak gayat tu... ... bila dah puas hati dgn gambar sendiri, boleh mula kerja mcm biasa....


bila kerja dah siap, bayar rasuah skit kat drebar kren, untuk kita bawak kawan2 kita naik atas jugak... at least kita cuba utk sama2 terbang tinggi...

sekian.. cerita mengarut ini.. wahahahaha...

Shasma Nizam
photographer yang nak terbang...tapi kepak belum tumbuh...


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net